Sunday, January 23, 2011

ada sesuatu yang mengganggu tidurku...

semalaman...aku tak buleh tidur....hampa menyelubungi jiwa....
sebab aku bengang dengan binatang yang kononnyer menjaga keselamatan
puiittt betuii la...bukan jaga keselamatan...tapii
BUAT BISING 
geram betul aku ngan binatang yang bernama anjing....
dasar menganjing....
jadi aku da buat keputusan agar 
atau binatang binatang ni aku 
ok....walau pon aku ni ganas....aku tetap
BAIK

Thursday, January 20, 2011

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEN EJAAN RUMI DI MALAYSIA



                  Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi bahasa Melayu telah dilakukan oleh pedagang, penggembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan. Pada ketika itu bahasa Melayu menggunakan sistem ejaan tulisan huruf Rumi Latin. Mereka telah tertarik dengan tatabahasa yang terdapat dalam sistem ejaan ini. Bermula pada abad ke-16 itu para pedagang, sarjana dan penjelajah terus menggunakan tulisan Rumi Latin dalam bahasa Melayu.
                  Pada tahun 1902 perancangan awal terhadap sistem ejaan telah dilakukan oleh kerajaan tanah melayu pada ketika itu. Hal ini bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang telah diketuai oleh R.J Wilkinson. Hal ini telah menghasilkan sistem ejaan Wilkinson yang telah diterbitkan pada Oktober, 1904. Ejaan Wilkinson ini telah digunakan di semua sekolah Tanah Melayu serta turut diaplikasikan dalam kamus bahasa Melayu iaitu Kamus Jawi-Melayu-Inggeris (1903).
                  Sistem ejaan Rumi terus berkembang mengikut peredaraan masa dan keadaan sekeliling ketika itu. Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) telah ditubuhkan pada tahun 1922 adalah bagi meneruskan perkembangan sistem ejaan di Tanah melayu. Beberapa buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tulisan Rumi yang memperluaskan sistem ejaan sekolah yang berasaskan sistem ejaan Wilkinson telah disusun, digubal dan diterbitkan oleh tokoh-tokoh bahasa, pengkaji bahasa dan tenaga pengajar di maktab perguruan tersebut. Contoh bahan ilmiah yang telah berjaya dihasilkan seperti Kitab Loghat Melayu, Kitab Kumpulan Nama Melayu (IBrahin Dato’ Muda Linggi) dan Kitab Pelita Mengarang (rumi).
            Perkembangan sistem ini bukan hanya terhenti disitu, malah kemunculan Sistem Ejaan Zaaba telah memartabatkan lagi sistem ejaan Rumi di Tanah Melayu yang wujud pada tahun 1972. Sistem ejaan Zaaba telah diperkenalkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC).
Selain daripada sistem ejaan Za’ba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942- 1945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan Za’ba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan ’50 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Selain daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-apa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem- sistem yang ada, termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan buku.
Sistem ejaan Rumi Za’ba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Za’ba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an.
            Pada tahun 1956, satu perhatian serius yang penting dan besar telah diberikan terhadap sistem ejaan di tanah Melayu. Lantaran itu satu kongres telah diadakan iaitu Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu. Beberapa pembaharuan telah dirancang dan dilaksanakan. Semangat yang tinggi dalam memperjuangkan sistem ejaan pada ketika itu telah mendapat perhatian dan sokongan dari kerajaan sehingga sebuah Jawatankuasa Ejaan telah berjaya dibentuk. Pada tarikh 17 April 1959 satu perjanjian persahabatan telah dimenterai Tanah Melayu dan negara Republik Indonesia. Hasil dari perjanjian tersebut maka terbentuklah sistem Ejaan Kongres.
Ejaan Kongres adalah sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956. Perkara ini dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi. Antara dasar yang telah dipersetujui adalah ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disatukan atau disamakan, peraturan ejaan hendaklah mudah; dan sistem fonologi diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik dan satu fonom hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja.Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam.Kata-kata dari bahasa-bahasa asing hendaklah disusunkan pengejaannya dengan hukum-hukum fonologi Melayu.
Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.
Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip-prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu. Ejaan Rumi Baharu tidak syak lagi merupakan wahana yang cukup mudah dan cekap bagi penulisan Rumi bahasa Melayu di rantau ini untuk beberapa dasawarsa yang akan datang.

ima cara untuk meningkatkan tahap kecerdasan emosi aspek sosial untuk seseorang guru bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

b.         Berdasarkan jawapan anda dalam (a), cadangkan lima cara untuk meningkatkan tahap kecerdasan emosi aspek sosial untuk seseorang guru bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

EQ (Emotional Quotient) atau kecerdasan emosi merupakan sebahagian ilmu yang terkandung di dalam bidang psikologi. Setiap orang yang ingin berjaya mestilah memiliki keseimbangan antara EQ dan IQ (Intelligent Quotient).
Setiap masa kita berhadapan dengan emosi sama ada emosi kita sendiri mahupun emosi orang lain. Kita sebagai seorang guru perlu memahami peraasan pelajar, rakan – rakan guru serta kakitangan di sekolah. Kita juga perlu berhadapan dengan emosi orang sekeliling contohnya ibu bapa pelajar kita dan tidak lepas juga dengan jiran dan saudara.
Bercakap tentang guru, apabila tahap EQ seorang guru itu rendah pasti guru tersebut berhadapan dengan masalah bersama pelajar atau sesiapa sahaja yang berhubung dengannya. Begitu juga dengan insan yang lain, mereka juga perlu memiliki tahap EQ yang tinggi untuk memudahkan urusan hari dan perhubungan sesama manusia.
Di bawah komponen kompetensi sosial terkandung konsep kesedaran sosial dan melalui ini kita dapat memfokuskan kepada empati. Empati dapat dijelaskan dengan cuba memahami perasaan orang lain dan cuba untuk membantunya menyelesaikan masalah tersebut. Melalui fahaman ini, sebagai seorang guru itu perlu mempunyai sifat empati ini agar dapat memahami masalah yang dihadapi oleh pelajarnya dan beliau cuba untuk berada di dalam keadaan pelajarnya. Hal ini demikian membolehkan seorang guru itu lebih memahami dan dapat berinteraksi dengan pelajarnya. Oleh itu, guru tersebut akan dapat membantu dan mendidik pelajarnya bukan sahaja menjadi cemerlang malah memiliki keperibadian yang positif dan mulia selaras dengan kehendak FPK dan FPG
Seterusnya, seorang guru perlu memiliki sifat kepemimpinan berinspirasi. Kepemimpinan berinspirasi bermaksud seorang guru itu mempunyai kekuatan untuk menjadi pemimpin. Hal ini penting bagi meningkatkan tahap kecerdasan emosi apabila seorang guru itu berjaya membimbing kekuatan emosinya untuk berhadapan dengan cabaran dan masalah untuk menjadi seorang pemimpin sekali gus menjadi seorang pendidik yang berjaya. Hal ini juga dapat menghasilkan seorang guru yang menepati  kehendak FPG.
Selaku pendidik bukan sahaja mengajar malah menjadi pembentuk modal insan seseorang pelajarnya. Hal ini kerana guru itu dianggap sebagai pengganti kepada ibu bapanya di rumah. Separuh hari masa pelajar berada di institusi pendidikan berbanding institusi kekeluargaan maka di sekolah guru memainkan tanggungjawabnya iuntuk membentuk dan menbangunkan seorang individu itu. Oleh itu tanggungjawab guru ini lebih meluas bukan sahaja di bidang pendidikan bagi membentuk seseorang individu itu dari pelbagai aspek seperti sosial, pergaulan,rohani dan emosi. Sebagai contoh pembangunan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang membangun pelajar berdasarkan aspek – aspek tersebut. Jika perkara ini dapat dilaksanakan oleh guru maka sekali gus menyahut kehendak FPK yang telah berjayakan mengaplikasi pembangunan individu.
Seterusnya, dalam tuntutan untuk menjadi seorang pendidik yang lengkap kita haruslah menurut konsep membina keakraban. Seorang pendidik haruslah membina ikatan atau jalinan sosial dengan para murid, rakan sejawat dan ibu bapa kepada para murid khususnya dalam masyarakat amnya. Pendidik boleh membina keakraban dengan cara mendekatkan diri dan bergaul dengan golongan yang disasarkan. Mereka juga perlulah mengamalkan nilai murni, sikap profesional dan komited dalam tugas agar keakraban mereka tidak punah angkara kelemahan diri sendiri yang disengajakan. Dalam pada itu, pendidik juga perlulah sentiasa menceburi aktiviti atau organisasi berorientasikan pendidikan supaya muncul peluang dan kesesuaian yang membolehkan mereka akrab dengan pihak baru. Keakraban yang bagus dengan semua golongan masyarakat dapat meningkatkan daya saing sosial pendidik dan seterusnya meningkatkan tahap kecerdasan emosi (EQ) sosial kendiri. Unsur pembinaan keakraban jika ditunaikan dengan betul serta konsisten maka akan membolehkan seseorang guru cemerlang dalam aspek sosialnya dan mampu menguruskan emosi kendiri seterusnya memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Guru.
Di samping itu, seorang pendidik yang lengkap wajar mengamalkan konsep kerja berkumpulan dan kolaborasi. Kolaborasi bererti kerjasama dan amatlah penting bagi seseorang pendidik melaksanakan konsep berkolaborasi dengan baik dalam melaksanakan gerak kerja secara berkumpulan supaya produk kerja yang dihasilkan bermutu dan menepati piawaian yang ditetapkan. Pendidik bolehlah melaksanakan kerja dalam kumpulan dan berkolaborasi dalam pelbagai cara. Contohnya pendidik menggalakkan para murid membuat tutorial dalam kumpulan kecil agar dapat berkongsi idea sesama ahli dalam menjawab soalan. Selain itu pendidik boleh membawa para murid keluar kelas dan membentuk kumpulan sambil meninjau prob persekitaran yang boleh dikaitkan dengan topik pembelajaran. Pengamalan konsep berkolaborasi dalam kerja berkumpulan boleh juga ditonjolkan sesama rakan sejawat melalui pelaksanaan dan perbincangan pelan pengajaran secara bersama. Kesannya pendidik dapat membiasakan diri dengan konsep kerja berkumpulan dan seterusnya secara tidak langsung dapat memantapkan emosi sosial kendiri antara pendidik dan pelajar. Impak daripada amalan yang dilakukan oleh pendidik maka ianya berjaya memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengkehendaki potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.